“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki
Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang
seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu,
Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya
Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba
yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah
seorang manusia yang memerlukan teman,
memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri,
memerlukan keluarga. Ya Allah aku tidak mampu
menahan diriku daripada terjeremus ke dalam
kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika
apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang
terbaik disisiMu Ya Allah, terbaik buat agamaku Ya
Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh
mukminin dan mukminat Ya Allah, maka aku
memohon kepadaMu YaAllah agar aku ditemukan
dengan jodoh yang terbaik di sisiMu Ya Allah. Setiap
yang terbaik di sisiMu Ya Allah, pasti terbaik buat
diriku Ya Allah. Namun Ya Allah, jika masanya untuk
dipertemukan dengan jodohku belum tiba Ya Allah,
aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-
jalan untuk aku memiliki jodohku Ya Allah. Aku
memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-
tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki
jodohku Ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha
Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu
jodoh, Ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan,
jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak
dapat memberikan manfaat, jauhilah aku daripada
perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-
perkara yang menyesatkan diriku Ya Allah. Amin
Jadi, bagi yang belum bertemu jodoh, bersikap
optimislah, temui serta jemputlah calon jodoh anda
dengan ikhtiar yang maksimum. Yakinlah bahawa
Allah telah menentukan segala sesuatu berpasang-
pasangan. Mudah-mudahan Allah membimbing
usaha anda untuk sampai kepada jodoh yang
ditakdirkan. Amin. Jangan menyerah kegagalan
yang pernah terjadi dalam menjemput jodoh bukan
bererti kegagalan selamanya. Satu prinsip yang kan
selalu melekat dihati” La Tahzan Innalloha
Ma’ana” Senyum terindah untuk jodoh yang
Allah telah persiapkan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar